Bila melihat foto keluarga selepas suami menerima sarjana /master pada 24.9.2011, terdetik di dalam hati. Kalaulah saya dapat biasiswa untuk cuti sambil belajar dulu, mungkin saya pun boleh bersama-sama naik ke pentas bersama menerima sarjana /master. Ingatkan markah SKT melebihi 90% dah cukup tinggi, tetapi tersilap. Agaknya orang yang dapat tu mungkin markahnya 95% ke atas.
Mungkin nasib tidak menyebelahi saya, tetapi dikhabarkan dengan berita gembira yang lain pula. Disahkan mengandung untuk anak yang keempat pula. Wah……. Dapat juga master, master dalam pengurusan anak pula. Apapun, tahniah!!!! ….. untuk suami kerana berkat kesabarannya telah berjaya memperolehi master/sarjana.
Saya tabik hormat atas usahanya,
Akhir sekali, semoga ada rezeki untuk saya pula. Mungkin tak terkejar lah pulak sebab suami dah berkira –kira nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi pula.